Followers

Wednesday, July 13, 2011

i love my daddy ! :)

Wah, lama jugak tak update blog! Semua gara-gara kekangan masa dan tahap kemalasan yang kritikal >.<. Tambah-tambah dengan buzy nye lah. And the most important sebab sibuk menjaga ayah. Alhamdulillah, ayah dah keluar hospital setelah hampir 3 minggu berumah di hospital. Sekarang ayah dah ada dekat rumah. So far, banyak jugak perubahan ayah. Tapi yang paling ketara dan nampak sangat bila tengok muke ayah, nampak sangat kurusnya berbanding dulu. Sedih jugak tengok ayah yang dulunya seorang yang sihat dan periang, tiba-tiba terbaring lesu tanpa boleh buat apa-apa yang dia suka. Percaya atau tak, itulah ayah yang sekarang. Every week aku akan balik rumah, ambil alih jaga ayah. Nasib baik la setiap hari juamaat memang aku langsung takde klas. So, hari khamis lepas habis je kelas, terus cabut. Then, terkejar2 mencari bas. Nak jugak balik sebab kesian tengok mak jaga ayah sorang-sorang. Hari khamis sampai la ahad aku jaga ayah. Macamtu lah rutin aku setiap minggu. Tapi kan,, nak tahu tak.. Seriously aku suka sangat jaga ayah. WHY?? sebab aku terasa seolah-olah menjaga baby. Ini bukan mengarut tapi ini lah reality kehidupan baru aku ni. Aku rasa macam mendapat kemanisan dan bukan kepayahan. Now i realized that Allah give me something that anyone not feel it. Alhamdulillah. Setiap yang Allah uji mesti ada kemanisan yang tersembunyi :),
    Mungkin ada hikmah yang tersembunyi yang kita tak tahu. Sekarang aku dah mula terima kenyataan dan aku akan cuba yang terbaik untuk ayah. Aku yakin ayah akan sihat semula walaupun tak macam dulu lagi, Takde ape yang dapat di ucapkan bila dapat tengok ayah senyum. Seronok tak terkata tau. :D..


Ni gambar masa ayah kat hospital temerloh. Kesian ayah makan ikut tiub :(


nie gambar paling the latest.. Ayah nampak kurus sgt kn ??




Semoga ayah cepat sembuh taw! 



         

                 

Thursday, June 23, 2011

Kenangan lalu

                                   
                      Malam tadi aku tidur agak lewat. Sibuk mengodek2 laptop niey. Saja cari gambar-gambar lama ayah. Rupanya banyak jugak gambar ayah dalam laptop ni. Satu-satu aku belek gambar. Teringat kembali kenangan di sebalik gambar-gambar tu. Menitik air mata aku tanpa aku sedar. Ayah selalu cakap kat mak, ''mak, yan suke sangat ambik gambar ayah,''.. aku memang suka ambik gambar ayah sebab aku suka nak usik-usik ayah. Memang banyak sangat gambar ayah. Sedih sangat bila terkenang kan ayah. Dulu ayah sihat, boleh gelak ketawa dengan ayah, boleh gurau-gurau.. Tapi sekarang???.. Allah je yang maha mengetahui. Tak sanggup nak tatap gambar- gambar ayah, sebab air mata ni mudah je gugur. Rindu ayah sangat-sangat. Dulu segan-segan nak cakap macam tu kat ayah.. tapi sekarang semua malu tu dah takde lagi. Memang hari-hari pun yan nak cakap rindu dekat ayah. Yan nak bagi ayah semangat, supaya ayah kuat dan boleh bercakap dengan kami. Hari- hari yan tatap gambar ayah, gambar ayah dengan mak. Sekejap je kebahagiaan tu di rentap. Mungkin ada hikmah yang tersembunyi yang kita tak tahu. Yan kat sini cuba kuat ayah. Depan kawan-kawan yan kuat. Tapi dalaman hati ni Allah je yang tahu betapa sakitnya nak menanggung perasaan sedih ni. Mungkin orang tak faham, tapi aku cuma nak kongsikan perasaan aku kat blog ni. Aku tak nak mintak simpati dari sesape, tapi aku mengharapkan doa korang semua untuk ayah aku. Aku cuma nak ayah aku yang dulu. Yang boleh datang melaka hantar aku balik sini dengan senyuman. Ayah selalu je pesan ''yan, belajar rajin-rajin yea, Jage maruah diri tu, jangan malukan mak dengan ayah. Solat jangan tinggal, selalu doakan mak gn ayah,''.. ketahuilah mak, ayah.. yan selalu mendoakan yang terbaik buat kalian berdua.
semoga Allah mempermudahkan urusan kita.










sebenarnya, banyak lagi gambar ayah. Tapi cukuplah buat tatapan semua ;)
harapan aku yang menggunung tinggi ni hanya nak lihat ayah sihat semula..





Tak Happy

Hurm.. makin lama makin tak seronok lah.. Dulu macam tak berapa nak kisah sangat kalau seminggu tak balik. Sekarang ni rasa nya, mungkin setiap minggu aku terpaksa balik. Nak sangat tengok ayah. Rindu ayah. Kesian dekat mak sampai tak pergi kerja semata-mata nak jaga ayah kat hospital. Tengok, berapa besarnya pengorbanan mak ;'(. Sangat terharu. ;'(. Mak, kuatkan semangat mak yea. Yan balik taw minggu ni. Nanti mak rehat puas-puas. Biar yan yang amek alih jaga ayah tau.
       Kesihatan ayah masih tak berapa lagi. Dah dekat 2 minggu ayah dekat wad tu. Sian mak terpakse berumah kat situ. Mak kol tadi, bawak berita yang kurang menyenangkan. Mak cakap, ayah hilang memori lama dia tu sebab pendarahan yang dia alami sekarang nie. So, dia tak berapa nak ingat dah macam dulu. Anak-anak dia pun dia kena ingat semula. sedih tak terkata ;'(. Aku dah la jauh. Tak ada kat sisi mak semasa mak perlukan aku. Maafkan yan mak, ;'(. Kita semua terpaksa ingatkan semula apa-apa yang pernah terjadi dalam hidup dia. Mak cakap lagi, anggota badan pun ayah dah tak ingat. So, kami semua terpaksa bantu ayah. Doct cakap, ayah kena ambil masa 6 bulan hingga setahun nak dapatkan ingatan dia semula. Ya Allah, berat sungguh dugaan yang Kau berikan kepada kami. Sekiranya itu yang terbaik untuk menguji kami, Kami redha dengan ketentuanMu, sesungguhnya Kau lah tuhan yang maha besar dan maha mengetahui apa-apa yang kami tidak ketahui. 'Mak, kuatkan lah semngat mak ye'. Yan akan balik nanti tolong mak. Yan akan sentiasa bacakan Yasin untuk ayah dan berdoa untuk kesihatan ayah. Mak dengan ayah jangan risau tau. Allah sentiasa ada untuk membantu kita semua.





Friday, June 17, 2011

Ayah

Buat ayahku tersayang,
            
                   Ayah nak tahu tak, yan sayangkan ayah sangat-sangat. Ayah kena kuatkan semangat ayah ye. Tolonglah ayah, kuatkan semangat ayah untuk terus berjuang dengan kesakitan ayah. Yan tahu ayah terseksa dengan sakit ni. Tapi semua ni dugaan Allah untuk kita semua. Allah nak menguji keimanan dan kesabaran kita semua. Kejap je Allah dah tarik nikmat tu. Rasanya baru lagi yan sembang-sembang dengan ayah, tengok ayah senyum, gelak-gelak.Tapi sekarang, yan rasa sedih sangat sebab tak dapat nak tengok ayah macam dulu lagi. Yan kesian sangat tengok mak ayah. Mak nampak macam kuat, tapi hakikatnya mak lemah. Lemah macam kami. Tapi yan bangga dapat mak. Mak kuat. Tak tunjuk pun depan kami. Tapi yan tahu, mak terlampau sedih. Tapi mak redha, macamane pun hidup perlu diteruskan. Yan tak boleh nak pandang muka mak, sebab bila pandang je yan tahu mak sedih sangat. Dan secara automatiknya, yan pun akan menangis. Yan dah cuba kuat dah, tapi... Yan tak mampu ayah. Mungkin awal-awal ni yan tak boleh terima lagi, tapi yan akan cuba kuat kan semangat yan nie. Yan nak tengok ayah sihat semula. Yan tak sanggup tengok ayah berselirat dengan wayar-wayar. Yan kalau boleh nak jage ayah. Yan nak sentiase ada kat sisi ayah. Tapi, yan kena habiskan study. Susah yan nak jage sepenuhnya. Kalau ada masa yan akan balik rumah jaga ayah yea. Ayah jangan risau tau. Semua anak-anak ayah sentiasa doakan ayah sihat. Semua nak tengok ayah senyum-senyum, gelak dengan kitorg semua tau. Yan akan usahakan yang terbaik buat ayah. Yan akan sentiasa berdoa semoga Allah kembalikan ayah seperti dahulu. Yan rindu sangat kat ayah. Yan tak sanggup tengok baju ayah kat rumah ni. Bila tengok je, mesti semua kenangan menjengah keluar. Lepas tu mula la menagis. Yan nampak je macam kuat ayah, tapi yan sebenarnya tak mampu menanggung perasaan yan ni. Yan rindukan suara ayah. Ayah selalu panggil yan kan, suruh urut kaki ayah yang sakit tu. Lepas ni, siape lagi nak panggil yan macam ayah panggil. Yan lemah ayah. Yan rasa nak je extend belajar sebab nak jage ayah. Tapi yan tahu, keputusan yan ni mesti di tentang mak habis-habisan. Mak mesti tak bagi yan buat macam tu. Ayah nak tahu tak? Sekarang ni mak tengah usahakan nak mintak tukar ke perak. Dekat dengan adik beradik ayah. Tempat yan dibesarkan. Segala-galanya semua di perak. Yan rasa biar ayah jauh dari 'diorang'. Sebab 'diorang' semua jahat. Suka sakitkan hati ayah, suka lukakan hati ayah. Tapi yan faham perasaan ayah. Ayah jangan risau, kalau diorang sakitkan hati ayah, anak-anak ayah semua akan bangkit!
                  Dah 3 malam yan jage ayah. Alhamdulillah, ada jugak perubahan dari hari ke hari. Walaupun ayah dah tak macam dulu. Tapi sekurang-kurangnya yan dapat tengok ayah bukak mata dan bercakap dengan kami walaupun kami tak faham. Tapi kami tahu ayah nak cakap. Ade sesetengah perkara tu yan faham. Tapi takpe ayah, lama-lama kami mesti boleh ikot. Banyak sangat cabaran nak jage orang sakit ni, semua perlu semangat, kesabaran dan tenaga yang betul-betul kuat. Memang Allah nak duga hambanya. Aku redha dan cuba yang terbaik untuk ayah. Yan akan cuba untuk buat ayah tersenyum dan boleh bercakap-cakap dengan kami. Yan sayang ayah sangat-sangat. Selamat hari bapa yea ayah ! :).. Semoga ayah cepat sembuh dan boleh tersenyum semula.


nie gambar malam sebelum ayah kena strok

ayah, yan syg ayah... :'(


p/s : Kepada yang membaca, tolong doakan ayah saya juga yea :)




Monday, May 30, 2011

Non Residence .

Maka dengan ini aku isytiharkan, aku sudah tidak akan menetap di asrama. Harap maklom >.<
statement tak bolah belah, hahaha. :D tapi itu lah kenyataannya. Takpayah pening fikir masalah semua. Sekarang rumah pun dah dapat sewa semua, selesa, alhamdulillah dekat la dengan tempat belajar aku. Cuma jauh sikit la sebab jalan kaki, Kalau ada kenderaan, no hal lah. Tinggal jauh-jauh pun takde masalah betul tak? so, hari ini merupakan hari pertama aku tinggal kat rumah nie. Seronok rupanya tinggal kat luar nie kan? hehe.. ingat banyak problemnya. Bila dah rasa sendiri baru la ok. Betul kata mak aku, belum cuba belum tahu. hehe.. Pagi-pagi nak pergi kelas boleh la masak-masak dulu, thari makan dekat rumah aje, Tak payah pergi kedai beli nasik. Cuma kena tong-tong duit la beli makanan sama-sama, pas tu masak pun sama-sama. Alah, sapa-sapa yang duduk rumah sewa tahu lah, Aku je kecoh sebuk-sebuk nak cerita dekat sini. hhehe.. Excited lah katakan :P .Btw, ini blog aku, so takda hal lah aku nak cerita apa pun. :). Ok lah,entry ni takde gambar, sebab takde mase nak amek gmbar. nanti dah lama sikit aku tunjuk kt korang okey :).






okeylah, saje nak cerita tengah hari ni.  ok jumpa lagi,bai :)

Monday, May 23, 2011

Hati Susah X_X

nampak je macam gembira bukan?? sebenarnya sedih pun ya, makin pening kepala pun ye jugak. Nie semua gara-gara aku tak dapat tinggal kat asrama dah untuk selamanya. Tah kenapa lah permohonan aku dan kawan-kawan yang lain di tolak mati-mati. Eiy, sabo jelah. Banyak sangat dah aku dok fikir nie. Macamane lah nak hidup kat luar nie. Mesti kos duduk luar sangat mahal kan?? aku pun dah tak larat fikir macamane nak solve kan masalah nie. Kalau lah aku ni ada transport sendiri kan senang. tak payah la nak menumpang orang sini sana T_T. Macam-macam lah aku fikir. Takut tak sekepala dengan kawan-kawan rumah, takut tak tertanggung kos duduk luar. Tapi paling aku fikir ialah transport aku ni. susah kalau takde transport. tu yang pasti nya! tak reti aku nak hidup. senang cerita aku nie takleh nak survive sorang-sorang. Aku tak boleh hidup tanpe insan bergelar KAWAN. tu la kelemahan aku :( .memang aku tak nafikan kelemahan aku tu. Aku dah cuba, tapi macam tak boleh la. Apa-apa je mesti ikut kawan. eeee, tah bila la nak jadi matang ni????

Friendship Day Graphics Images
*kan seronok kalau takde masalah,mesty happy macam beliau di atas nie ^


Takut nak berhadapan dengan kenyataan yang bakal berlaku dalam beberapa hari lagi >.<. sangat susah hati wooo ~_~


okeylah, nak sambung fikir lagi nie, fikir,fikir dan terus fikir..... menanti kesudahan yang tak pasti -.-'




Thursday, May 19, 2011

yebba! aku budak Shell ^_^


woahh!! besaw nya lambang shell!! hehe.. mesty la coz i'm proud to be shell worker. Walaupun aku dah sambung belajar, tapi bila cuti sem je yang memerlukan orang, aku lah yang akan menggantikan deorang. Bukan apa, bila nak cari orang baru mestila kene training semula. Buat semua dari basic, so dah makan masa. MUngkin sebab tu bos amek aku yang dah berpengalaman.. haha, cayalah lu bos :). Tapi kalau nak di ikotkan, kalau aku tak sambung belajar dah 2 tahun aku keje situ taw. Tapi takpe, sampai bile nak makan gaji dengan orang kan? so, aku sambung belajar demi masa depan yang lagi cerah. Insyaallah biiznillah :). 
kerja dengan majority kakitangan yang sudah kawen, aku lah yang maseh budak2 mentah lagi disitu. haiyya ^o^V.. tapi seronok jugak taw. 
Aku sebenarnya perantau dari perak, haha.. pindah kat pahang nie memang sorang pun aku tak kenal sampailah aku kerja dekat sini. memang ramai betul kawan-kawan aku :) seronok sebenarnya melayan cuztomer. tapi kadang2 kena la tanggung risiko sebab kadang2 cuztemer takde mood, marah-marah, short duit kat drawer dan  macam-macam lagilah. tapi semu tu dijadikan pengajaran untuk aku lebih berhati2.

dah panjang sangat bebelan aku nie, aku nak tunjuk sikit kat korang betapa bahagia nya aku kt sini ^_^ ..hehe

pssst,, nak bisik sikit nie>>gambar lama ni taw, bukan the latest..jgn marah taw :)

{gmbar satu tahun lepas}















itu je cerita untuk hari ini.okthanksbai:)


yahoo!

Finally berjaya jugak aku siapkan design blog aku. Rasa sangat terharu okey? hehe. Btw, sebenarnya masih rasa ada yang kurang. Tapi tak mengapa lah, nanti akan ku edit lagi mane yang tertinggal yeh. Banyak jugak tutorial aku henyak seharian nie. Thanks kepada mereka2 yg buat tutorial untuk santekkan blog. hee. 'sy dah cuba, semua menjadik ^_^'. Before this memang rase nak pandang blog nie pun sakit hati sebab rase design blog dulu sungguh hudoh dan amat2 membosan kan. Sekarang, dengan semangat baru aku design semula mana yang aku nak ubah. Alhamdulillah, my trial membuahkan hasil. So, harini memang seharian duduk di depan laptop, menelek2 blog orang, pas tu cuba design2 sendiri guna adobe photoshope, then, buat header sendiri. So, baru belajar hasilnya tidak lah berapa memuaskan, But i'll try to improve my self towards excellent.*entah betul ke tak ayat aku yang tunggak terbalik nieh >.<*.
memang series lama sangat dah tak layan blog. memang perasaan menyampah tu menebal sebab tengok blog sendiri takde mood. tak cantik macam blog org lain T__T. Tapi takpe, aku cuba slow-slow. -.-'.
okeylah, mata pun dah nak tercabut coz non stop dari tadi @_@. so, gunite kawang-kawang semua ^_^.


okthanksbai :)

Sunday, March 27, 2011

Enjoy sambil bekerja okay ^_~

assalamualaikum my dearest friends :)

Sekarang dah jarang sangat-sangat aku update blog aku niy. Dengan kesibukkan dan kemalasan yang melanda, blog aku nie dah berhabuk dan dah jadi mangsa keadaan.. huuuuu T.T  . Bukan la tak teringin langsung nak update,selalu jugak la jenguk blog niy tapi macam malas sangat-sangat nak taip.. =.=' .So, hari ini nape tah tetiber je jadi rajin nak taip. hehe. Anyway, aku nak share sedikit cerita and gambar-gambar untuk tatapan korang :). Today is my day. Means -> pergi keluar@outing untuk siapkan assignment untuk subjek kesukaan ramai 'Colour Photography'.. har har har. :D. Hari ni memang panas sungguh bandar melaka. Dah memang semua tahu kan, melaka nie comey lote aje. Keliling semua pantai@laut yang di tambak. So,panasnya lain macam sikit. Tak caye sila lah try sendiri okey. As usual, tempat paling bosan sekali untuk kami ialah 'JONKER WALK'. Apa-apa gambar yg colour yg menarik banyak ada dekat situ. So,tu la tiap kali pegi keluar buat assignment kat situ la tempat kami bertapa. Naik muak dah..Werkkk :P. Nak info lebih pasal jonker walk,korang boleh la google sendiri okey. :). Tapi,for those yang tak tahu nak pegi mana kt melaka nie, singgah la kt Jonker Walk tu, macam-macam adaaaaa :O.  You guys can enjoy there. ^_^
Malas nak cerita panjangpanjang,so aku upload kan pic untuk tatapan uguys k.


nie namanya cucuk sanggul,boleh di dapati di Jonker walk.


this is my new style.Gaya tudung terkini. hehe


buat muka gedik. sila lah jangan menyampah -.-'


cantik sangat pemandangan kat belakang aku taw :)


this is my friend. merangkap roomate aku.


mereka semua kawan kelas aku :)


tengok lah budak kecik hujung tu =.='. terasa sungguh berbeza dengan mereka ;'(


lihat! betapa bezanya saya dan mereka!


>.<


lepaking di taman permainan kanak-kanak.Kami kanak-kanak tua.hehehe


Ahahahah :D. Kanak-kanak ribena ^_~


Art n Design students ^_^


a photo telling us thousand meanings
*tah betoi tah idak aku nye ayat nie* haha :D

sekian untuk kali ini, babai ^_^


Thursday, March 10, 2011

Sepi..


             Pergh,,tajuk ayat nak jiwang pulak kan? haha.. Tapi, memang betol pun. blog aku ni dah tak serupa blog korang kan? Sangat jarang nk update2 bagai. Malas pun satu hal, buzy pun satu hal. Tapi memang sejak akhir-akhir nie,memang malas nk type panjang-panjang. Yela,duduk dalam bilik,ade roomate, segan pulak nak taip2 nie.hehe ^_^. Lebih feeling kalau taip sorangsorang,so,boleh taip macamacam. Dah dua minggu aku balik rumah berturut-turut. Bajet pun dah banyak lari. Ini semua gara-gara Lesen kereta. Aku kene belajar lg beberapa jam untuk cukupkan quota lah. So,isnin lepas aku pergi buat test gn incik JPJ. Perghh, lutot aku menggeletaq toksah la cakapppp..... kecut mak nok! =.='




Tapi alhamdulillah, segalanya dipermudahkan oleh Allah. Aku lulus semuanya dengan cemerlang,gemilang dan terbilang..hahaha :D. Seronoknye usahle kome cakap, memang kaw2 punye heppy la.. sebab aku boleh drive kereta sendiri. tak payah nak mengharapkan kawan-kawan aku je bawak aku sanesini. :)






Itu je aku nak share gn kome sume, enjoy! :)









Friday, February 25, 2011

PUTRAJAYA :)



Hai semua, it's a long time i'm not be here for blogging,so,this free time i use it for update my blog ^_^.. Biaselah,hidup sebagai student sepenuh mase. Komitmen semua pada study,expesyelli komitmen pada assignment. Bukan nak mengeluh, tapi itu satu kemestian buat semua pelajar2 di Universiti,kolej dan sebagainye. Tak boleh nak elak. nak taknak kene buat jugak sebab result bergantung pada hasil kerja and qualiti kerja yg kita hasilkan. Tambah-tambah lagi aku nie budak fotografi. Assignmnet korang jangan cakap lah, setiap minggu kompem kene keluar, Duit pon dah macam air,laju je mengalir. Roomate aku selalu je cakap kat kitorang, ''korang nie xde keje ke?'', sebab nye kitorang duduk kt bilik asyik on9 je. Tak de pun buat keje macam deorang. Tapi,mmg kami releks dalam bilik, Tapi,asal ade mase je keluar,even cuti sekalipun, kami tetap kene keluar utk capture gambar. AND, bila kami nk progress gambar kat lecturer, tak semestinya gambar kami diterima. Tula sakitnya. Seriously,aku nak nasehatkan korang, jika tidak berkemampuan fikir2 lah untuk masok ke department fotografi sebab kos nie sangat gunakan duit. Kalau dah betul2 minat,go on. Tak salah, tapi dari segi kewangan aku takut je korang susah. Tu je nasihat aku.



Entry kali ini aku nak share gamba2 ngan korang semua :). Baru-baru nie aku pegi Putrajaya n so on la kan, Seriously, ni kali pertama aku datang sane, hehe. Jangan gelakkan aku, tapi itu realiti.. :) Nasib baik la aku dapat kawan2 yg super duper sporting,hehe :) Ribuan terima kasih aku ucapkan utk korang : iqbal ramly, nurul syazwanee aminuddin & nur izyan syazwani :). kalau korg x bawak aku g sane, agak2 nye tah bile aku dapat pegi sane. :) (kpd budak2 klas yg terbace nie,hope korang xpayah la nak tacink2,SILA jgn TOUCHING-TOUCHING,be matured ok). Lain kali ade rezeki kita pergi same2. Semua nie memang tak dirancang langsung ok? :P. Ini lah yg dikatekan ''sambil menyelam, minum air'' haha.. WHATEVER. ~_~





Sila lah layan video nie b4 tgk gambar2 yg lain :)

 the mines kot tak silap aku -_-'


jambatan kt putrajaya :)

 berlari ke langit :P


 bajet model,hak3 :P

bersama taiko kelas,haha

me infront of masjid putrajaya :)

baru turun ke bumi..hehe

muke nampak hantu kot ,ahahaha
putrajaya mosque..


budak kecik di tengah laman,,hak3


:)