Followers

Wednesday, July 13, 2011

i love my daddy ! :)

Wah, lama jugak tak update blog! Semua gara-gara kekangan masa dan tahap kemalasan yang kritikal >.<. Tambah-tambah dengan buzy nye lah. And the most important sebab sibuk menjaga ayah. Alhamdulillah, ayah dah keluar hospital setelah hampir 3 minggu berumah di hospital. Sekarang ayah dah ada dekat rumah. So far, banyak jugak perubahan ayah. Tapi yang paling ketara dan nampak sangat bila tengok muke ayah, nampak sangat kurusnya berbanding dulu. Sedih jugak tengok ayah yang dulunya seorang yang sihat dan periang, tiba-tiba terbaring lesu tanpa boleh buat apa-apa yang dia suka. Percaya atau tak, itulah ayah yang sekarang. Every week aku akan balik rumah, ambil alih jaga ayah. Nasib baik la setiap hari juamaat memang aku langsung takde klas. So, hari khamis lepas habis je kelas, terus cabut. Then, terkejar2 mencari bas. Nak jugak balik sebab kesian tengok mak jaga ayah sorang-sorang. Hari khamis sampai la ahad aku jaga ayah. Macamtu lah rutin aku setiap minggu. Tapi kan,, nak tahu tak.. Seriously aku suka sangat jaga ayah. WHY?? sebab aku terasa seolah-olah menjaga baby. Ini bukan mengarut tapi ini lah reality kehidupan baru aku ni. Aku rasa macam mendapat kemanisan dan bukan kepayahan. Now i realized that Allah give me something that anyone not feel it. Alhamdulillah. Setiap yang Allah uji mesti ada kemanisan yang tersembunyi :),
    Mungkin ada hikmah yang tersembunyi yang kita tak tahu. Sekarang aku dah mula terima kenyataan dan aku akan cuba yang terbaik untuk ayah. Aku yakin ayah akan sihat semula walaupun tak macam dulu lagi, Takde ape yang dapat di ucapkan bila dapat tengok ayah senyum. Seronok tak terkata tau. :D..


Ni gambar masa ayah kat hospital temerloh. Kesian ayah makan ikut tiub :(


nie gambar paling the latest.. Ayah nampak kurus sgt kn ??




Semoga ayah cepat sembuh taw! 



         

                 

Thursday, June 23, 2011

Kenangan lalu

                                   
                      Malam tadi aku tidur agak lewat. Sibuk mengodek2 laptop niey. Saja cari gambar-gambar lama ayah. Rupanya banyak jugak gambar ayah dalam laptop ni. Satu-satu aku belek gambar. Teringat kembali kenangan di sebalik gambar-gambar tu. Menitik air mata aku tanpa aku sedar. Ayah selalu cakap kat mak, ''mak, yan suke sangat ambik gambar ayah,''.. aku memang suka ambik gambar ayah sebab aku suka nak usik-usik ayah. Memang banyak sangat gambar ayah. Sedih sangat bila terkenang kan ayah. Dulu ayah sihat, boleh gelak ketawa dengan ayah, boleh gurau-gurau.. Tapi sekarang???.. Allah je yang maha mengetahui. Tak sanggup nak tatap gambar- gambar ayah, sebab air mata ni mudah je gugur. Rindu ayah sangat-sangat. Dulu segan-segan nak cakap macam tu kat ayah.. tapi sekarang semua malu tu dah takde lagi. Memang hari-hari pun yan nak cakap rindu dekat ayah. Yan nak bagi ayah semangat, supaya ayah kuat dan boleh bercakap dengan kami. Hari- hari yan tatap gambar ayah, gambar ayah dengan mak. Sekejap je kebahagiaan tu di rentap. Mungkin ada hikmah yang tersembunyi yang kita tak tahu. Yan kat sini cuba kuat ayah. Depan kawan-kawan yan kuat. Tapi dalaman hati ni Allah je yang tahu betapa sakitnya nak menanggung perasaan sedih ni. Mungkin orang tak faham, tapi aku cuma nak kongsikan perasaan aku kat blog ni. Aku tak nak mintak simpati dari sesape, tapi aku mengharapkan doa korang semua untuk ayah aku. Aku cuma nak ayah aku yang dulu. Yang boleh datang melaka hantar aku balik sini dengan senyuman. Ayah selalu je pesan ''yan, belajar rajin-rajin yea, Jage maruah diri tu, jangan malukan mak dengan ayah. Solat jangan tinggal, selalu doakan mak gn ayah,''.. ketahuilah mak, ayah.. yan selalu mendoakan yang terbaik buat kalian berdua.
semoga Allah mempermudahkan urusan kita.










sebenarnya, banyak lagi gambar ayah. Tapi cukuplah buat tatapan semua ;)
harapan aku yang menggunung tinggi ni hanya nak lihat ayah sihat semula..