Followers

Thursday, June 23, 2011

Kenangan lalu

                                   
                      Malam tadi aku tidur agak lewat. Sibuk mengodek2 laptop niey. Saja cari gambar-gambar lama ayah. Rupanya banyak jugak gambar ayah dalam laptop ni. Satu-satu aku belek gambar. Teringat kembali kenangan di sebalik gambar-gambar tu. Menitik air mata aku tanpa aku sedar. Ayah selalu cakap kat mak, ''mak, yan suke sangat ambik gambar ayah,''.. aku memang suka ambik gambar ayah sebab aku suka nak usik-usik ayah. Memang banyak sangat gambar ayah. Sedih sangat bila terkenang kan ayah. Dulu ayah sihat, boleh gelak ketawa dengan ayah, boleh gurau-gurau.. Tapi sekarang???.. Allah je yang maha mengetahui. Tak sanggup nak tatap gambar- gambar ayah, sebab air mata ni mudah je gugur. Rindu ayah sangat-sangat. Dulu segan-segan nak cakap macam tu kat ayah.. tapi sekarang semua malu tu dah takde lagi. Memang hari-hari pun yan nak cakap rindu dekat ayah. Yan nak bagi ayah semangat, supaya ayah kuat dan boleh bercakap dengan kami. Hari- hari yan tatap gambar ayah, gambar ayah dengan mak. Sekejap je kebahagiaan tu di rentap. Mungkin ada hikmah yang tersembunyi yang kita tak tahu. Yan kat sini cuba kuat ayah. Depan kawan-kawan yan kuat. Tapi dalaman hati ni Allah je yang tahu betapa sakitnya nak menanggung perasaan sedih ni. Mungkin orang tak faham, tapi aku cuma nak kongsikan perasaan aku kat blog ni. Aku tak nak mintak simpati dari sesape, tapi aku mengharapkan doa korang semua untuk ayah aku. Aku cuma nak ayah aku yang dulu. Yang boleh datang melaka hantar aku balik sini dengan senyuman. Ayah selalu je pesan ''yan, belajar rajin-rajin yea, Jage maruah diri tu, jangan malukan mak dengan ayah. Solat jangan tinggal, selalu doakan mak gn ayah,''.. ketahuilah mak, ayah.. yan selalu mendoakan yang terbaik buat kalian berdua.
semoga Allah mempermudahkan urusan kita.










sebenarnya, banyak lagi gambar ayah. Tapi cukuplah buat tatapan semua ;)
harapan aku yang menggunung tinggi ni hanya nak lihat ayah sihat semula..





Tak Happy

Hurm.. makin lama makin tak seronok lah.. Dulu macam tak berapa nak kisah sangat kalau seminggu tak balik. Sekarang ni rasa nya, mungkin setiap minggu aku terpaksa balik. Nak sangat tengok ayah. Rindu ayah. Kesian dekat mak sampai tak pergi kerja semata-mata nak jaga ayah kat hospital. Tengok, berapa besarnya pengorbanan mak ;'(. Sangat terharu. ;'(. Mak, kuatkan semangat mak yea. Yan balik taw minggu ni. Nanti mak rehat puas-puas. Biar yan yang amek alih jaga ayah tau.
       Kesihatan ayah masih tak berapa lagi. Dah dekat 2 minggu ayah dekat wad tu. Sian mak terpakse berumah kat situ. Mak kol tadi, bawak berita yang kurang menyenangkan. Mak cakap, ayah hilang memori lama dia tu sebab pendarahan yang dia alami sekarang nie. So, dia tak berapa nak ingat dah macam dulu. Anak-anak dia pun dia kena ingat semula. sedih tak terkata ;'(. Aku dah la jauh. Tak ada kat sisi mak semasa mak perlukan aku. Maafkan yan mak, ;'(. Kita semua terpaksa ingatkan semula apa-apa yang pernah terjadi dalam hidup dia. Mak cakap lagi, anggota badan pun ayah dah tak ingat. So, kami semua terpaksa bantu ayah. Doct cakap, ayah kena ambil masa 6 bulan hingga setahun nak dapatkan ingatan dia semula. Ya Allah, berat sungguh dugaan yang Kau berikan kepada kami. Sekiranya itu yang terbaik untuk menguji kami, Kami redha dengan ketentuanMu, sesungguhnya Kau lah tuhan yang maha besar dan maha mengetahui apa-apa yang kami tidak ketahui. 'Mak, kuatkan lah semngat mak ye'. Yan akan balik nanti tolong mak. Yan akan sentiasa bacakan Yasin untuk ayah dan berdoa untuk kesihatan ayah. Mak dengan ayah jangan risau tau. Allah sentiasa ada untuk membantu kita semua.





Friday, June 17, 2011

Ayah

Buat ayahku tersayang,
            
                   Ayah nak tahu tak, yan sayangkan ayah sangat-sangat. Ayah kena kuatkan semangat ayah ye. Tolonglah ayah, kuatkan semangat ayah untuk terus berjuang dengan kesakitan ayah. Yan tahu ayah terseksa dengan sakit ni. Tapi semua ni dugaan Allah untuk kita semua. Allah nak menguji keimanan dan kesabaran kita semua. Kejap je Allah dah tarik nikmat tu. Rasanya baru lagi yan sembang-sembang dengan ayah, tengok ayah senyum, gelak-gelak.Tapi sekarang, yan rasa sedih sangat sebab tak dapat nak tengok ayah macam dulu lagi. Yan kesian sangat tengok mak ayah. Mak nampak macam kuat, tapi hakikatnya mak lemah. Lemah macam kami. Tapi yan bangga dapat mak. Mak kuat. Tak tunjuk pun depan kami. Tapi yan tahu, mak terlampau sedih. Tapi mak redha, macamane pun hidup perlu diteruskan. Yan tak boleh nak pandang muka mak, sebab bila pandang je yan tahu mak sedih sangat. Dan secara automatiknya, yan pun akan menangis. Yan dah cuba kuat dah, tapi... Yan tak mampu ayah. Mungkin awal-awal ni yan tak boleh terima lagi, tapi yan akan cuba kuat kan semangat yan nie. Yan nak tengok ayah sihat semula. Yan tak sanggup tengok ayah berselirat dengan wayar-wayar. Yan kalau boleh nak jage ayah. Yan nak sentiase ada kat sisi ayah. Tapi, yan kena habiskan study. Susah yan nak jage sepenuhnya. Kalau ada masa yan akan balik rumah jaga ayah yea. Ayah jangan risau tau. Semua anak-anak ayah sentiasa doakan ayah sihat. Semua nak tengok ayah senyum-senyum, gelak dengan kitorg semua tau. Yan akan usahakan yang terbaik buat ayah. Yan akan sentiasa berdoa semoga Allah kembalikan ayah seperti dahulu. Yan rindu sangat kat ayah. Yan tak sanggup tengok baju ayah kat rumah ni. Bila tengok je, mesti semua kenangan menjengah keluar. Lepas tu mula la menagis. Yan nampak je macam kuat ayah, tapi yan sebenarnya tak mampu menanggung perasaan yan ni. Yan rindukan suara ayah. Ayah selalu panggil yan kan, suruh urut kaki ayah yang sakit tu. Lepas ni, siape lagi nak panggil yan macam ayah panggil. Yan lemah ayah. Yan rasa nak je extend belajar sebab nak jage ayah. Tapi yan tahu, keputusan yan ni mesti di tentang mak habis-habisan. Mak mesti tak bagi yan buat macam tu. Ayah nak tahu tak? Sekarang ni mak tengah usahakan nak mintak tukar ke perak. Dekat dengan adik beradik ayah. Tempat yan dibesarkan. Segala-galanya semua di perak. Yan rasa biar ayah jauh dari 'diorang'. Sebab 'diorang' semua jahat. Suka sakitkan hati ayah, suka lukakan hati ayah. Tapi yan faham perasaan ayah. Ayah jangan risau, kalau diorang sakitkan hati ayah, anak-anak ayah semua akan bangkit!
                  Dah 3 malam yan jage ayah. Alhamdulillah, ada jugak perubahan dari hari ke hari. Walaupun ayah dah tak macam dulu. Tapi sekurang-kurangnya yan dapat tengok ayah bukak mata dan bercakap dengan kami walaupun kami tak faham. Tapi kami tahu ayah nak cakap. Ade sesetengah perkara tu yan faham. Tapi takpe ayah, lama-lama kami mesti boleh ikot. Banyak sangat cabaran nak jage orang sakit ni, semua perlu semangat, kesabaran dan tenaga yang betul-betul kuat. Memang Allah nak duga hambanya. Aku redha dan cuba yang terbaik untuk ayah. Yan akan cuba untuk buat ayah tersenyum dan boleh bercakap-cakap dengan kami. Yan sayang ayah sangat-sangat. Selamat hari bapa yea ayah ! :).. Semoga ayah cepat sembuh dan boleh tersenyum semula.


nie gambar malam sebelum ayah kena strok

ayah, yan syg ayah... :'(


p/s : Kepada yang membaca, tolong doakan ayah saya juga yea :)